DBKK KELUARKAN DUA KOMPAUN LIBATKAN PREMIS HIBURAN

PERIKSA: Anggota dari Jabatan Pelesenan DBKK menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis hiburan dalam operasi itu. Gambar ihsan DBKK

KOTA KINABALU: Dua kompaun dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan melibatkan premis hiburan oleh Jabatan Pelesenan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di sini baru-baru ini.

Menurut kenyataan DBKK, operasi terbabit melibatkan premis hiburan awam yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dan perniagaan dengan lesen tamat tempoh di sekitar bandar raya.

Dua kompaun berkenaan melibatkan kesalahan Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 iaitu menjalankan perniagaan hiburan awam dan Seksyen 3 Undang-Undang Kecil (UUK) ‘Pub and Bar Lounge By Law’ 1984 kerana menjalankan perniagaan pub dan bar lounge dengan lesen tamat tempoh.

DBKK memandang serius kesalahan berkenaan dan akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

Selain itu, tindakan berkenaan juga bagi memastikan premis-premis hiburan di sekitar bandar raya ini sentiasa mematuhi keperluan undang-undang yang ditetapkan.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut