NGO, PENCINTA HAIWAN BOLEH BELA ANJING LIAR JIKA TAK MAHU LUPUS – AMINUDDIN

Badan bukan kerajaan (NGO) dan pencinta haiwan yang membantah kaedah pelupusan anjing liar di Negeri Sembilan digesa mengambil pendekatan lebih konstruktif dengan mengadopsi haiwan-haiwan yang diselamatkan.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, kumpulan tersebut tidak sepatutnya bertindak dengan mengadakan demonstrasi bantahan, sebaliknya boleh membantu haiwan-haiwan terbabit melalui kaedah pengambilan dan pemeliharaan.

Pelupusan ini akan mengikut peraturan yang ditetapkan. Jika mengikut prosedur operasi standard (SOP), anjing-anjing ini akan disimpan selama beberapa hari selepas ditangkap. Dalam tempoh ini, NGO atau individu persendirian yang mahu membantu boleh mengambil dan memelihara anjing-anjing ini di rumah.

Aminuddin menegaskan bahawa kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaan dasar tersebut dengan mengambil kira faktor keselamatan awam susulan aduan tinggi yang diterima berkenaan masalah anjing liar. Dalam perkara ini, kerajaan negeri perlu bersikap adil dalam menyelesaikan aduan, terutama apabila berlaku kes serangan oleh anjing liar sehingga menyebabkan kecederaan. Ketika kejadian berlaku, tiada NGO yang tampil memberikan bantuan.

Menurut beliau, sebelum ini ada NGO yang telah diberikan tanah untuk program rumah perlindungan anjing, namun jumlah haiwan terbiar terus meningkat kerana ada yang melepaskan semula haiwan yang diselamatkan ke kawasan awam. Ini menyebabkan isu ini tidak menemui penyelesaian. Berapa banyak tanah lagi diperlukan untuk tujuan tersebut?. Pihak berkuasa tempatan turut memperuntukkan jumlah yang besar untuk melaksanakan kaedah pemandulan bagi mengawal populasi anjing liar.

Situasi ini hanya berlaku di negara kita. Kalau kita lihat di negara lain seperti Singapura, Jepun dan China, tiada masalah anjing terbiar seperti ini. Di luar negara, anjing-anjing ini dipakaikan tali setiap kali keluar sebagai langkah keselamatan supaya tidak mengganggu orang lain.

Namun keadaannya berbeza di negara kita apabila haiwan ini bebas berkeliaran, termasuk di hadapan rumah. Terdapat juga kes gigitan anjing yang mengganggu urusan harian orang awam.  Tambah beliau, keadaan akan menjadi tidak terkawal sekiranya kaedah pelupusan tidak dilaksanakan dengan sewajarnya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

NGO, PENCINTA HAIWAN BOLEH BELA ANJING LIAR JIKA TAK MAHU LUPUS – AMINUDDIN

Badan bukan kerajaan (NGO) dan pencinta haiwan yang membantah kaedah pelupusan anjing liar di Negeri Sembilan digesa mengambil pendekatan lebih …
Maklumat Lanjut

PERKAMPUNGAN VETERAN ATM PAROI MANFAAT 17,000 PESARA JANA PENDAPATAN

Pusat Perniagaan Paroi akan dijadikan perkampungan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berfungsi sebagai pusat aktiviti penjajaan, ekonomi dan sosial …
Maklumat Lanjut

MELAKA MOHON BINA 10 NADI BAHARU

Kesidang- Kerajaan Negeri sudah memohon kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mewujudkan 10 buah lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional …
Maklumat Lanjut