AYAM SEJUK BEKU BERNILAI RM740,500 DIRAMPAS

TANGKAP: Semua suspek dan ayam sejuk beku berjumlah RM740,500 dirampas.

BELURAN: Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah merampas ayam sejuk beku tanpa dokumen sah bernilai RM740,500 di Pusat Pemeriksaan Jalan (RCP) Sapi Nangoh, di sini, semalam.

Operasi menerusi Op Taring Chiller oleh sepasukan anggota dari Cawangan Risikan/Task Force bersama Kompeni C, PGA Beluran turut menahan tiga lelaki.

Komander Briged Sabah PGA, Datuk Abdul Rani Alias berkata, rampasan dan tangkapan itu selepas menahan sebuah lori, kira-kira jam 9 malam.

Katanya, lori berkenaan membawa ayam sejuk beku pelbagai jenis tanpa dokumen pemilikan sah.

β€œHasil pemeriksaan menemukan 1,360 kotak ayam sejuk beku di dalam lori jenis Isuzu beku Refrigerated.

β€œTiga lelaki tempatan turut ditahan dan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM740,500,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan Sabah 2015.

Katanya, PGA terus komited dalam membanteras kegiatan penyeludupan yang mengancam keselamatan dan ekonomi negara.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

Β 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut