KERAJAAN NEGERI HARGAI PENGORBANAN PASUKAN KESELAMATAN DAN PEKERJA KESIHATAN

TINJAU: Hajiji meninjau kuih muih Hari Raya yang disumbangkan oleh pelbagai kementerian untuk diedarkan kepada pasukan keselamatan dan pekerja kesihatan.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengiktiraf kepentingan pasukan keselamatan dan pekerja kesihatan, terutama pengorbanan mereka dalam memastikan keamanan dan ketenteraman awam di Sabah selama ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, petugas barisan hadapan mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari untuk melindungi rakyat dan negeri.

Bercakap pada majlis penyampaian kuih muih Hari Raya Aidilfitri kepada barisan hadapan di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Hajiji berkata, sejak tahun lalu Sabah telah terjejas oleh beberapa bencana alam.

Beliau berkata, awal tahun ini sahaja Sabah telah dilanda banjir terutamanya di Kota Marudu, Kota Belud, Telupid, Pitas, Beluran, Lahad Datu, Sandakan, Beaufort, Tongod dan Paitan.

“Malah, maklumat terkini dari Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan bahawa fenomena hujan berterusan akan bermula dari 18 Mac sehingga 21 Mac di Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung.

“Selain banjir, terdapat juga bencana kebakaran tahun ini di Likas yang mengakibatkan 80 keluarga kehilangan tempat tinggal.

“Semasa bencana ini, petugas barisan hadapan kita, terutamanya badan beruniform, pasukan keselamatan dan petugas kesihatan telah melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa mengenal penat lelah untuk menyelamatkan nyawa. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan,” katanya.

Hajiji berkata penyampaian kuih muih Hari Raya itu sangat bermakna kerana ia menandakan penghargaan kerajaan negeri terhadap pengorbanan petugas barisan hadapan.

“Ia menjadi lebih bermakna kerana majlis ini diadakan semasa bulan Ramadan. Anggaplah sumbangan ini sebagai suatu simbol dari rakyat Sabah bagi menghargai jasa anggota keselamatan dan petugas kesihatan yang bertugas semasa perayaan dan menjadi motivasi untuk terus memberikan perkhidmatan dengan dedikasi,” katanya.

Hajiji kemudiannya telah menerima barang raya yang disumbangkan oleh 33 kementerian, jabatan dan GLC sebelum menyerahkannya kepada 15 pasukan keselamatan dan pekerja kesihatan.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut