SEORANG PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI BESUT

Polis menembak mati seorang lelaki yang dikesan aktif dalam kegiatan samun bersenjata api di Besut, Terengganu, awal pagi tadi. Suspek berusia 33 tahun dan berasal dari Terengganu itu dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger di Jalan Seberang Jertih, Kuala Besut, Terengganu.

Ketika kejadian kenderaan dipandu suspek dikesan oleh pasukan JSJ Bukit Aman yang sedang melaksanakan Operasi Laras (Op Laras). Apabila sampai di jalan berhampiran Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, pasukan polis menahan kenderaan suspek bagi tujuan melakukan pemeriksaan.

Suspek dipercayai secara tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan sebelum pihak polis membalas tembakan demi keselamatan. Selepas memastikan tiada lagi ancaman, pihak polis kemudian melakukan pemeriksaan dan mendapati pemandu kereta yang juga suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pemeriksaan di dalam kenderaan suspek turut menemui sepucuk pistol berwarna perak bersama magazine di dalamnya pada bahagian lantai di tempat pemandu. Menurut sumber itu lagi, polis juga turut menemui bungkusan hitam dipercayai dadah dan satu lagi bungkusan disyaki dadah syabu.

Siasatan awal mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah dan pernah ditahan atas kesalahan menyeludup senjata api, melakukan samun dan dadah. Kesalahan ini dikesan dilakukan di sekitar Kelantan termasuk di Pasir Puteh dan Pasir Mas. Pada masa ini, pemeriksaan lanjut sedang dijalankan oleh Polis Kontinjen Terengganu dan Unit Forensik Polis.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut