DUA HOMESTAY, TIGA KEDAI RUNCIT, STOR BARANG, RUMAH SEWA MUSNAH TERBAKAR DI KUNDASANG

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian. 

RANAU: Dua inap desa (homestay), tiga kedai runcit dan sebuah stor penyimpanan barang runcit jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Pekan Kundasang, di sini, malam tadi.

Kejadian itu turut memusnahkan satu blok rumah sewa yang mempunyai 11 pintu dan tiada mangsa terbabit dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.37 malam.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke tempat kejadian yang terletak 18 kilometer dari balai bomba.

“Anggota bomba memadam api menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 10.09 malam. Tiada mangsa terbabit dilaporkan,” Katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 12.52 tengah malam.

“Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Operasi memadam kebakaran turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut