๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ž๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—”

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Rondaan oleh Polis Barat Daya terdiri daripada (2) AMANITA dan (2) anggota RCJ di kawasan premis perniagaan dan kawasan perumahan di bawah kawasan pentadbiran Balai Polis Bayan Lepas.

Program ini bertujuan untuk menerangkan konsep dan peranan AMANITA terutamanya kepada golongan wanita serta menggalakkan wanita atau suri rumah untuk memberikan maklumat berkaitan scammer, rogol, curi, samun, pecah rumah dan lain-lain termasuk aktiviti-aktiviti yang mencurigakan dikawasan kejiranan. Diingatkan juga bahawa gandingan dari pelbagai pihak dapat menjalinkan kerjasama dan permuafakatan bagi menjayakan sesuatu program PDRM terutamanya dalam pencegahan jenayah.

Memperkenalkan aplikasi QR Code berkaitan Risalah Digital yang mengandungi maklumat jenayah dan juga QR Kajian Keberkesanan Amanita untuk menilai keberkesanan dalam penugasan Amanita serta memperkenalkan Taman Angkat yang berada di bawah pentadbiran IPD Barat Daya. Selain itu juga, turut diedarkan nombor telefon rasmi PDRM terutamanya balai-balai di bawah pentadbiran IPD Barat Daya dan juga IPK Pulau Pinang.

Salurkan maklumat sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian, 04-8664122, 0192238169 (whatsapp) atau facebook (page) https://www.facebook.com/Ibu-Pejabat-Polis-Daerah-Barat-Daya-342986505884079/ melalui messenger.

Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Dayaย https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …