LONGGOKAN KAYU, SAMPAH PUNCA AIR BANJIR MELIMPAH KE JALAN DAN KAWASAN KEAGAMAAN

PUNCA: Longgokan kayu bersama sampah antara punca air banjir melimpah ke jalan dan kawasan keagamaan yang memerlukan pihak berkaitan membersihkannya bagi mengelak limpahan air.

KENINGAU: Hujan lebat berterusan telah menyebabkan limpahan air di Sungai Bariawa membawa longgokan kayu dan sampah sarap sehingga menyekat saluran pembetung di jalan utama berhampiran Tamu Ground dan Gereja SDA Pekan Keningau.

Punca itu telah mengakibatkan kenaikan paras air secara mendadak menyebabkan kawasan sekitar Stesen Minyak Petronas, Gereja Seventh-day Adventist (SDA) dan Gereja Anglikan sering dilanda banjir kilat.

Kejadian itu telah mengganggu aktiviti perniagaan seharian serta mengancam keselamatan dan juga ketenteraman di sekitar kawasan keagamaan.

Foto yang dirakam menggambarkan realiti pahit yang harus dilalui komuniti yang bimbang setiap kali hujan menitis pastinya membawa penderitaan dan ketidakpastian.

PUNCA: Longgokan kayu bersama sampah antara punca air banjir melimpah ke jalan dan kawasan keagamaan yang memerlukan pihak berkaitan membersihkannya bagi mengelak limpahan air.

Lebih menyayat hati, ruang dalam dan luar gereja kini dipenuhi lumpur tinggalan banjir, menyebabkan peralatan ibadah kerohanian rosak dan suasana terganggu.

Banjir sekali lagi ini telah menyukarkan aktiviti beribadah dan juga kebimbangan berterusan terutama kepada penghuni yang tinggal bersebelahan dengan bangunan gereja.

Mereka (jemaat) berharap pihak berkuasa dapat segera bertindak untuk mengatasi masalah itu demi kesejahteraan bersama.

Mereka juga merayu supaya pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan pantas dan proaktif pada sungai dan melaksanakan pembersihan pada pembetung yang menyebabkan ia tersumbat.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

KEMPEN DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Assalamualaikum dan …

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …

30 PINTU RUMAH KONGSI MUSNAH TERBAKAR

MUSNAH: Sebanyak 30 pintu rumah kongsi musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, Tawau, pagi …