π—šπ—˜π— π—£π—¨π—₯ π—§π—˜π—žπ—‘π—œπ—žπ—”π—Ÿ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan khas Ops β€˜Gempur Teknikalβ€˜ terhadap kenderaan perdagangan dengan tumpuan utama kesalahan teknikal dan lebih muatan. Penguatkuasaan ini bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ( Akta 333 ) dan Kaedah-Kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010 ( Akta 715 ) serta memastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan di jalanraya.

Pelbagai kesalahan teknikal dikesan seperti tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, pasang strobe light tanpa kebenaran, cermin gelap, ubah suai kenderaan tanpa kebenaran dan tidak selenggara kenderaan dengan baik. Kesalahan lain dikesan membawa lebih muatan, bawa muatan secara bahaya, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh dan guna telefon bimbit semasa memandu.

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

PEMBELI DESAK PEMAJU SIAPKAN RUMAH PROJEK SAKIT

Impian menduduki mahligai baharu pada Januari lalu musnah apabila projek pembinaan kira-kira 200 unit sebuah taman perumahan di Lenggeng di …
Maklumat Lanjut

80 RUMAH DI DUA KAMPUNG TERJEJAS RIBUT

Dianggarkan sebanyak 80 rumah di Kampung Baru Ayer Hitam dan Felda Lui Barat mengalami kerosakan akibat dilanda ribut sekitar jam …
Maklumat Lanjut

SUSPEK MILIKI 23 REKOD JENAYAH CUBA LARI DARI POLIS, REMPUH DUA KENDERAAN

Tindakan mencurigakan sebuah kenderaan di Jalan Tampin-Seremban awal Ahad membawa kepada penahanan tiga individu termasuk seorang daripadanya mempunyai 23 rekod …
Maklumat Lanjut