Program Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) 2025 dilaksanakan hasil kerjasama strategik antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) tanpa sebarang implikasi kos tambahan kepada Kerajaan.
Pada tahun ini, sebanyak 95 lokasi Bazar Ramadan di seluruh negara terlibat dalam pelaksanaan BRR yang akan memberi manfaat kepada peniaga & pengguna dalam menikmati juadah berbuka puasa pada harga berpatutan.
#KPDN
#BazarRamadanRAHMAH
#MenuRahmah