NIAT PUASA RAMADAN

Niat Puasa Sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa sebulan di bulan Ramadan kerana Allah Taala”.

Niat Puasa Harian

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu di bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala”.

NIAT PUASA RAMADAN

MAZHAB AL-SYAFIIE

Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil) yang tidak terikat antara satu sama lain.

MAZHAB AL-MALIKI

Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadan yang pertama dan tidak wajib berniat setiap malam.

PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFIIE

Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadan.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Artikel/Berita Terkini

JANGAN TERUS KONGSI: SEMAK DAHULU, BARU PERCAYA

JANGAN TERUS KONGSI: SEMAK DAHULU, BARU PERCAYA Pengenalan Dalam era digital, maklumat boleh tersebar dengan pantas melalui media sosial dan …

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …