POLIS BONGKAR MAKMAL DADAH HARAM DI NILAI, RAMPASAN TERMASUK KOKAIN CECAH RM3.2 JUTA

Polis Negeri Sembilan membongkar operasi makmal haram memproses dadah hasil serbuan ke atas sebuah premis di Nilai, dekat sini, dengan kokain dianggar bernilai lebih RM400,000 dirampas. Hasil serbuan, lima lelaki termasuk tiga warga asing berusia 27 hingga 38 tahun ditahan, manakala pelbagai peralatan dan cecair kimia yang disyaki untuk memproses dadah, selain wang tunai dan kereta mewah turut dirampas.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, kejayaan serbuan dilakukan hasil siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Nilai.

Hasil serbuan berkenaan, pihaknya merampas dadah dipercayai jenis kokain dengan anggaran berat 2.145-kilogram (kg) bernilai RM429,000. Polis turut menyita empat kenderaan, wang tunai bernilai RM66,830, pelbagai mata wang asing anggaran RM29,822.70, serta pelbagai jenis barang kemas dan jam tangan bernilai RM477,773.

Nilai rampasan aset dianggarkan RM2.8 juta, manakala nilai keseluruhan termasuk dadah berjumlah RM3.2 juta. Tindakan diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988. Ujian saringan awal air kencing mendapati seorang warga tempatan dan seorang warga asing positif dadah jenis methaphetamine serta benzo.

Semakan rekod mendapati dua suspek mempunyai kesalahan jenayah dan dadah. Semua direman selama tujuh hari bermula Selasa lalu hingga 24 Februari depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …