OPERASI CARILAMAT REMAJA HILANG DI LAUT DITAMATKAN

PANTAU: Pemantauan akan terus dijalankan menerusi rondaan aset Maritim Malaysia yang bertugas di perairan berkenaan.

SANDAKAN: Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) remaja lelaki yang hilang di perairan Tanjung Semawang sejak Sabtu lalu dihentikan selepas tiada sebarang petunjuk baharu ditemui.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata operasi pencarian itu melibatkan empat buah bot dan satu unit dron daripada pelbagai agensi, dengan bantuan beberapa buah bot penduduk kampung.

“Sepanjang operasi ini, kawasan pencarian telah diperluas sehingga 72 batu nautika persegi. Namun, faktor perairan yang semakin luas serta beberapa kawasan cetek menyukarkan lagi misi pencarian.

“Operasi rasmi CARILAMAT telah ditamatkan pada pukul 6.30 petang semalam, namun pemantauan tetap diteruskan menerusi rondaan aset Maritim Malaysia serta agensi yang bertugas di kawasan perairan berdekatan,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Terdahulu, Muhammad Nor Aiman Arif, 14, dilaporkan hilang selepas keluar menangkap udang di laut bersama beberapa rakannya, kira-kira jam 5.30 pagi, Sabtu lalu.

Kehilangan mangsa disedari apabila mangsa tidak pulang ke rumah seperti biasa, menyebabkan keluarga dan penduduk kampung segera melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Berikutan insiden itu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu, menzahirkan penghargaan kepada semua agensi serta komuniti maritim yang terlibat sepanjang operasi berlangsung.

Sementara itu, Muhamad Suhairy berkata, orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat atau petunjuk berkaitan kes ini ke Bilik Operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau menghubungi talian kecemasan 999.

“Maritim Malaysia turut menasihatkan komuniti maritim agar lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di laut, terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan dan memaklumkan lokasi perjalanan kepada ahli keluarga sangat penting bagi mengelakkan insiden seumpama ini berulang,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut

LARANGAN MINUM ARAK DI TEMPAT AWAM DIKUAT KUASA DI NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan menguatkuasakan larangan minum minuman keras di tempat awam berserta kompaun serta-merta, dengan denda hingga RM2,000 bagi individu yang …
Maklumat Lanjut

SESI LIBAT URUS DAN KAJIAN SEMULA DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

Pada 26 Jun 2025 (Khamis) bertempat di Ruang Damai Event Hall, Seremban, telah berlangsung Sesi Libat Urus & Kajian Semula …
Maklumat Lanjut