KERAJAAN NEGERI PAHANG PASTIKAN JALAN PENTADBIRAN BERLANDAS AL-QURAN

KUANTAN, 11 FEBRUARI 2025 : Kerajaan Negeri Pahang memastikan pentadbiran yang dijalankan di negeri ini adalah berlandaskan kitab suci Al-Quran yang mana ia membawa manfaat kepada rakyat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Kerajaan Negeri juga menjadikan kepimpinan Rasulullah SAW sebagai panduan dan teladan.

“Kesungguhan Kerajaan Negeri bagi merealisasikan firman-firman Allah di Negeri Pahang ini bukan sahaja semata-mata di peringkat tilawah dan sebaginya tetapi kesungguhan Kerajaan Negeri menyatakan bagaimana untuk memastikan Al-Quran itu menjadi satu pati kehidupan dalam melaksanakan pentadbiran di negeri ini.

“Bagaimana kita nak membawa Al-Quran kepada masyarakat? Membina ukhwah, membina tamadun, membina pembangunan pendidikan, pembangunan ummah, pembangunan ekonomi, pembangunan kemasyarakatan, sebagaimana yang telah dididik oleh agenda Al-Quran itu sendiri yang juga menjadi contoh oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

“Dan inilah yang nak dibawa oleh Kerajaan Negeri pada ketika ini,” katanya ketika berucap mewakili YAB. Menteri Besar Pahang pada Majlis Pembukaan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Kali Ke-68 Tahun 1446 Hijrah/2025 Masihi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.

Turut hadir, YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Sri Saiful Edris Zainuddin; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak; Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB. Dato’ Amizar Abu Adam; dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) , YH. Dato’ Zaliza Zulkipli.

Beliau berkata semua pihak juga perlu berganding bahu dalam memperbetulkan tomahan dan dakyah yang tidak benar berkenaan Kerajaan Negeri Pahang dalam mengamalkan ajaran Islam.

“Ada di luar sana ada beberapa individu yang cuba mengelirukan rakyat dan orang ramai sehingga dikatakan seolah-olah Kerajaan Negeri hari ini sedang bersekongkol dengan orang yang benci kepada agama Allah SWT.

“Kita perlu sama-sama bangkit untuk kita bersihkan di mata dan di minda rakyat di luar sana bahawasanya itu adalah tuduhan dan tomahan yang salah dan tidak benar,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Kerajaan Negeri Pahang juga telah membelanjakan RM500,000 bagi melaksanakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Kali Ke-68 yang akan dijalankan bermula hari ini hingga Jumaat.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut