KUANTAN, 10 FEBRUARI 2025 : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang mengeluarkan 9,917 notis saman sepanjang Ops Khas Tahun Baharu Cina di negeri ini bermula 20 Januari hingga semalam.
Pengarahnya, YBrs. Tuan Haji Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman, berkata daripada notis saman tersebut telah dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 28,186 buah kenderaan sepanjang tempoh berkenaan.
“Sepanjang tempoh 20 Januari hingga 9 Februari, JPJ Negeri Pahang telah memeriksa sebanyak 28,186 kenderaan. Daripada jumlah tersebut, 7,177 kenderaan telah diambil tindakan atas kegagalan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya yang ditetapkan.
“Notis Saman JPJ (P) 22 mengikut lesalahan tertinggi yang dikeluarkan oleh pihak JPJ dalam operasi ini adalah melibatkan tiada lesen memandu CDL sebanyak 2,257; lain-lain kesalahan teknikal (1,900); cukai jalan tamat tempoh (1,687).
“Tiada insurans (1,415); lain-lain kesalahan (896); lebih muatan (495); sembilan kesalahan utama (758); lesen vokasional (267); dan muatan bahaya (241),” katanya.
Menurut beliau, terdapat 792 kes kesalahan muatan direkodkan melibatkan lima kesalahan dan terdapat 95 buah kenderaan pelbagai kategori disita dalam operasi berkenaan.
“Bagi kesalahan lebih muatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 terdapat 495 kes direkodkan; muatan bahaya/tidak menutup muatan di bawah Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan (241); lebih muatan di bawah APAD 2010 (30); ingkar notis timbang bawah Seksyen 82 APAD 2010 (25); dan buang muatan sebelum ditimbang bawah Seksyen 63(1) APJ 1987 (1).
“Bagi kenderaan di sita, kenderaan persendirian melibatkan motorsikal (71); kereta (9); dan lain-lain kenderaan (1). Terdapat sebuah bas persiaran dan 11 kenderaan barangan turut disita.
“Sebanyak tujuh pemandu juga dikenalpasti positif penyalahgunaan barang terlarang melalui saringan urin daripada 250 yang diperiksa,” katanya.
Tambah beliau, terdapat 109 notis saman turut dikeluarkan kepada pemandu bas dan 20 kesalahan turut dikesan dilakukan semasa penyamaran sebagai penumpang bas dilakukan.
“Kesalahan tertinggi direkodkan adalah memandu dilorong kanan secara berterusan (18); tidak matikan enjin semasa mengisi minyak (14); tatakelakuan pemandu memakai selipar dan pemakaian tidak kemas (11); tidak memberi isyarat semasa menukar lorong (9).
“Menggunakan telefon bimbit (8); meletakkan kenderaan dilorong bahaya ketika mengambil dan menurunkan penumpang (6); teknikal meter tidak berfungsi (6); gagal patuhi isyarat lalulintas (5); tidak selenggara kenderaan dengan baik (5); tiada pemandu kedua (5).
“Tatakelakuan pemandu yang merokok (4); memotong di garisan berkembar (4); gagal patuh jadual waktu perjalanan (3); meletakkan kenderaan dikawasan yang tidak dibenarkan (2); memotong kenderaan disebelah kiri (2); memasang pelekat hitam melebihi 20 peratus (2); memasang aksesori menyebab bahaya (2); tidak ikut lorong yang betul semasa menghampiri simpang (1); memasang tirai pada cermin kenderaan (1); dan membuat pusingan U dikawasan yang tidak dibenarkan (1),” katanya.
Sebanyak 343 anggota penguatkuasa JPJ seluruh Negeri Pahang terlibat dengan operasi ini dengan kerjasama strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Pahang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Negeri Pahang, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Pahang serta Jabatan Alam Sekitar (JAS), Negeri Pahang.
Operasi ini juga melibatkan pemantauan dan pemeriksaan di tiga terminal utama iaitu Terminal Sentral Kuantan, Temerloh dan Genting Highlands
Pihak JPJ Pahang menasihati semua pemilik dan pengguna kenderaan supaya sentiasa mematuhi segala peraturan jalan raya, dan tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas ketidakpatuhan.
Orang ramai juga disarankan untuk menyalurkan aduan menerusi Aplikasi MyJPJ, e-aduan@jpj, atau emel aduantrafik@jpj.gov.my dengan butiran lengkap.
SUMBER: PAHANGMEDIA