PJRM ‘BACK TO SCHOOL’ TAWAR HARGA MURAH DI 174 LOKASI

Armizan ketika meninjau PJRM Back to School di sebuah pusat beli belah di Penampang, hari ini. – Gambar BERNAMA

PENAMPANG: Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Back to School tahun ini bagi memastikan rakyat mendapat akses barangan persekolahan pada harga murah berbanding pasaran.

Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata program yang bermula sejak 18 Januari lepas dan akan berakhir pada 16 Februari ini melibatkan 174 pasar raya, pusat beli-belah dan kedai pakaian di seluruh negara melalui pelaksanaan secara di dalam premis dan luar premis.

Beliau berkata sebanyak 243 siri PJRM Back to School dirancang dalam tempoh berkenaan dan setakat semalam, sebanyak 101 siri program itu telah dilaksanakan seterusnya membantu rakyat terutama yang kurang mampu menyediakan kelengkapan sekolah anak mereka.

Beliau berkata di Sabah, sebanyak 24 daripada 31 siri PJRM Back to School telah dilaksanakan setakat hari ini.

“Program ini menawarkan diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa bagi 45 hingga 70 stock keeping unit (SKU) termasuk pakaian seragam sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan kelengkapan alat tulis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan PJRM Back To School di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Armizan bergambar bersama salah seorang penerima bantuan sempena PJRM Back to School di sebuah pusat beli belah di Penampang, hari ini. – Gambar BERNAMA

Sehubungan dengan itu, Armizan berkata peniaga barangan keperluan sekolah diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga dan mencatut bagi mendapatkan keuntungan tinggi ketika rakyat sedang bertungkus lumus menyediakan barangan keperluan sekolah anak-anak mereka.

“KPDN akan terus memantau dan menguatkuasakan undang-undang terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak munasabah. Kementerian akan mengambil tindakan susulan dalam 24 jam sekiranya terdapat aduan berkaitan pencatutan,” katanya.

Beliau berkata dalam mengukuhkan tindakan penguatkuasaan, pihaknya memohon orang ramai supaya melaporkan sebarang perbuatan mencatut kepada KPDN dengan kadar segera dan aduan juga boleh disalurkan melalui laman sesawang https://e-aduan.kpdn.gov.my/.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut