LELAKI HILANG SEMASA CARI SIPUT DITEMUKAN LEMAS

LEMAS: Mangsa ditemukan lemas di kawasan perairan sejauh 2.5 batu nautika dari jarak mangsa dilaporkan hilang. 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang hilang ketika mencari siput di kawasan pantai Kampung Kebagu, Manggatal di sini, malam Rabu, ditemukan lemas pada pagi Khamis.

Mangsa berumur 45 tahun yang beralamat di Kampung Unggun, Manggatal ditemukan terapung oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan berhampiran Kampung Wak-Wak, Sepanggar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, mangsa ditemukan pada jam 11.27 pagi iaitu kawasan perairan sejauh 2.5 batu nautika dari jarak mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.52 pagi,” katanya.

Terdahulu, mangsa dikatakan keluar ke kawasan pantai berkenaan bersama bapa mertua dan seorang rakannya, kira-kira jam 8 malam Rabu.

Bagaimanapun, ketika hendak pulang kira-kira jam 9.30 malam, mangsa disedari hilang dan usaha mencari yang dijalankan ahli keluarga juga gagal.

Operasi SAR segera diaktifkan di lokasi sebaik pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 6.14 pagi.

Ordine berkata, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dan terus digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan operasi berada dilokasi untuk mendapatkan maklumat seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Operasi SAR dijalankan dengan kaedah Water Surface oleh Pasukan Penyelam Dalam Air (PPDA) menggunakan bot penyelamat di kawasan pantai di lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut