π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—₯𝗔𝗛𝗔𝗑 π— π—˜π—¦π—œπ—‘ π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—žπ—¨π—₯𝗔𝗑 𝗕𝗒𝗗𝗬 𝗠𝗔𝗦𝗦 π—œπ—‘π——π—˜π—«

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Majlis Penyerahan Mesin Pengukuran Body Mass Index (BMI) InBody 970 oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Majid, kepada Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Hj. Ahmad, telah berlangsung di Bilik Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Penyerahan mesin ini adalah selaras dengan Arahan Ketua Polis Negara No. 202 bertarikh 9 Disember 2024, yang memperkenalkan Dasar Trim & Fit PDRM. Dasar ini menetapkan bahawa pengukuran BMI dan ujian kecergasan menjadi syarat penting dalam pembangunan kerjaya anggota polis.

Mesin InBody 970 diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran dan penjagaan kesihatan anggota polis serta memastikan tahap kecergasan mereka berada pada tahap optimum. Mesin ini akan digunakan untuk menilai komposisi tubuh anggota dengan lebih tepat dan sistematik. Dengan adanya mesin ini, diharapkan kesedaran anggota polis tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam menjalankan tugas harian dapat dipertingkatkan.

 

Sumber : PDRM Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/PolisPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut