Kerajaan Terengganu sedang giat merangka strategi bagi memperkasakan sektor sukan sebagai langkah membendung masalah sosial dalam kalangan belia di negeri Terengganu.
Selaras dengan kebimbangan terhadap peningkatan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan penggunaan ‘vape’ berasaskan bahan terlarang, kerajaan negeri melihat sukan sebagai medium terbaik untuk menarik golongan muda kepada aktiviti yang lebih sihat dan bermanfaat.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim, kerajaan negeri sedang menyusun agenda sukan yang lebih kompetitif bagi memastikan belia tidak sekadar bersukan untuk berseronok, tetapi turut mempunyai hala tuju yang lebih jelas dalam bidang tersebut.
Oleh itu, salah satu inisiatif utama yang bakal diperkasakan ialah aktiviti berbasikal di Terengganu, yang suatu ketika dahulu diiktiraf sebagai βLand of Cyclistsβ. Ini adalah kerana, penglibatan belia dalam sukan berbasikal itu semakin berkurangan dan perlu dihidupkan kembali.
Pada tahun 2025 ini, acara seperti βfun rideβ akan diperbanyakkan supaya belia menantikan dan teruja untuk menyertai aktiviti sebegini dan berharap dengan adanya program seperti ini, dapat membantu membendung masalah sosial dalam negeri.
Selain sukan berbasikal, kerajaan negeri turut merancang untuk memperkenalkan lebih banyak program lain yang bakal dapat memberi impak positif kepada pembangunan belia.
Sumber: TRDI