PRODUK KOSMETIK SELUDUP BERNILAI RM126,210 DIRAMPAS

RAMPAS: Semua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai produk kosmetik bernilai RM126,210 dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran di kawasan laut Sisipan, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, pihaknya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan, kira-kira, jam 5.30 petang.

Katanya, pasukan serbuan markas operasi PPM Semporna terus menahan bot berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas barang yang dibawa.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan telah menemukan 15 kotak yang mengandungi pelbagai barangan kosmetik dipercayai dari negara jiran

“Pemeriksaan lanjut mendapati barang kosmetik berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah sebagai pemilikan, kebenaran berdaftar, resit belian serta pengguna barang,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Nazri berkata, semua barang rampasan yang dianggarkan bernilai RM126,210 itu dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya menyimpan sesuatu barangan tanpa mempunyai permit yang sah bagi tujuan komersial,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut

LARANGAN MINUM ARAK DI TEMPAT AWAM DIKUAT KUASA DI NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan menguatkuasakan larangan minum minuman keras di tempat awam berserta kompaun serta-merta, dengan denda hingga RM2,000 bagi individu yang …
Maklumat Lanjut

SESI LIBAT URUS DAN KAJIAN SEMULA DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

Pada 26 Jun 2025 (Khamis) bertempat di Ruang Damai Event Hall, Seremban, telah berlangsung Sesi Libat Urus & Kajian Semula …
Maklumat Lanjut