PERBEZAAN PINJAMAN : KREDIT KOMUNITI VS AHLONG

Kredit Komuniti

Perjanjian pinjaman dibuat mengikut borang yang ditetapkan.
Kadar faedah tetap:

  • Tidak melebihi 12% setahun bagi pinjaman bercagar.
  • Tidak melebihi 18% setahun bagi pinjaman tanpa cagaran.

Denda lewat bayar bagi ansuran bulanan hanya 8% setahun.
✔ Jika peminjam gagal membayar balik hutang, tindakan hanya boleh diambil melalui tuntutan di mahkamah.
Transaksi hanya boleh dilakukan di premis yang diluluskan oleh pihak berkuasa.
✔ Kredit Komuniti perlu menghantar rekod transaksi tahunan kepada KPKT.


Ah Long

❌ Tiada perjanjian bertulis, hanya secara lisan.
Kadar faedah berubah-ubah mengikut kehendak Ah Long.
Denda lewat bayar sangat tinggi dengan tempoh pendek untuk pembayaran. Jika gagal, denda akan berganda.
❌ Ah Long sering menggunakan kekerasan terhadap peminjam yang ingkar.
Tiada alamat tetap, atau alamat sering berubah.
Tiada laporan pinjaman yang dikemukakan kepada mana-mana pihak berkuasa.


Sumber: KPKT Malaysia

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut