JPJ ‘BURU’ VAN THAILAND GAGAL BAYAR SAMAN

Sejak 1 Januari 2025, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah melaksanakan Op Tunggak untuk mengesan van Thailand yang belum membayar saman selepas melakukan kesalahan di negara ini.

Operasi ini melibatkan negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan, Perlis, Kedah dan Perak.

Sehingga 24 Januari 2025, sebanyak 2,010 pemandu dan 1,811 kenderaan dari Thailand telah diperiksa, dengan 182 pemandu dan 163 kenderaan mempunyai saman tertunggak.

Sepanjang operasi ini, JPJ telah mengeluarkan 619 Notis JPJ dan menyita 16 van Thailand.

Salah seorang pemilik van telah membayar RM25,500 untuk menyelesaikan 85 saman yang tertunggak dalam tiga tahun.

JPJ juga berjaya mengutip saman berjumlah RM425,104 dan menyelesaikan 332 saman tertunggak.

JPJ akan terus mempergiatkan penguatkuasaan bagi meningkatkan pematuhan peraturan jalan raya oleh warga asing.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut