𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—•π—˜π—₯π—¦π—˜π—£π—”π——π—¨

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Operasi Khas Bersepadu bersama Agensi Penguatkuasa Sempena Perayaan Tahun Baru Cina ( TBC ) 2025. Operasi ini bermula dari jam 8.30 malam sehingga 12.00 pagi dengan kekuatan anggota seramai 83 orang, Penglibatan pelbagai agensi penguatkuasa iaitu JSPT Bukit Aman, JSPT SPU, JIM, JAS, AADK dan Konsensi PLUS Berhad.

Penguatkuasaan yang diadakan pada malam ini bertujuan bagi menguatkuasakan undang-undang oleh setiap agensi penguatkuasa yang terlibat serta memastikan peraturan dan undang-undang ketika pemanduan di jalan raya dipatuhi sepenuhnya oleh pengguna jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan terutama di waktu puncak dan musim cuti perayaan. Ia juga bagi meningkatkan Perception of Being Caught (POBC) terhadap pengguna jalan raya.

Sebanyak 1,273 buah kenderaan diperiksa, daripada jumlah itu sebanyak 154 kenderaan dikenakan tindakan dengan 214 notis saman dan lain-lain notis telah dikeluarkan dakam operasi malam ini. Diantara kesalahan dikesan sepanjang operasi yang diadakan adalah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsuran, tiada lesen memandu, lampu HID, cermin gelap, pamer nombor pendaftaran fancy dan extreme, tayar haus, lampu brek tidak berfungsi dan lain-lain kesalahan teknikal.

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut