REMAJA 15 TAHUN LEMAS KETIKA MANDI SUNGAI BERSAMA RAKAN

LEMAS: Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

KENINGAU: Remaja lelaki lemas ketika mandi bersama rakan di sungai Kampung Kamansi, Bingkor, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sharudy Delamin berkata, mangsa berumur 15 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, panggilan kejadian itu diterima pada jam 4.50 petang.

“Sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapatkan maklumat sebelum menjalankan operasi SAR.

“Mangsa akhirnya ditemukan oleh pasukan bomba jam 5.48 petang di lokasi mangsa dilaporkan lemas,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada pengadu, mangsa dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mandi-manda di sungai bersama rakan-rakannya.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 7.03 malam,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut