DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah membuat pemeriksaan bas ekspres di Terminal Bas Penang Sentral dan Terminal Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang.
Tujuan pemeriksaan ini dilakukan bagi memastikan kenderaan perkhidmatan awam bas ekspres mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan serta memastikan bas dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Pemeriksaan juga dilakukan terhadap pelesenan pemandu serta pelesenan kenderaan. Nasihat kepada pemandu supaya memastikan mendapat rehat yang cukup dan memastikan ada pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh melebihi 300 km atau 4 jam berterusan dan kemaskini buku log pemandu.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang