TAPAK HIASAN TAHUN BAHARU CINA SIMBOLIK PENGUKUHAN SEMANGAT PERPADUAN, KEHARMONIAN

Ayer Keroh – Usaha penganjuran tapak hiasan bersempena Tahun Baharu Cina perlu diteruskan sebagai simbolik pengukuhan semangat perpaduan dan  keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, selain menyemarakkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina dengan pelbagai hiasan yang diketengahkan di tapak hiasan, inisiatif ini juga berjaya memupuk semangat kebersamaan dan kerjasama penduduk sekitar tanpa mengira usia, bangsa serta latar belakang.

Katanya, sebagai sebuah komuniti yang harmoni, sewajarnya masyarakat perlu saling menghormati pelbagai budaya yang ada.

“Justeru itu dengan pembukaan tapak hiasan ini ia dilihat satu langkah yang melambangkan perpaduan, meraikan kepelbagaian dan sekali gus mencetus semangat muhibah antara pelbagai kaum di negara ini.

“Saya berharap usaha ini dapat diteruskan sebagai simbolik pengukuhan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan kita semua.

“Ini kerana dekorasi dan hiasan yang dibuat di tapak hiasan bukan hanya sekadar perhiasaan semata-mata tetapi membawa simbolik bermakna bukan sahaja kepada semangat perpaduan dan keharmonian tetapi juga kelestarian kepelbagaian masyarakat di negeri bertuah ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hiasan Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, di perkarangan Balai Raya Taman Bukit Melaka, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.

Ab Rauf berkata, tapak hiasan itu berpotensi dijadikan tempat tarikan baharu hasil daripada dekorasi dan hiasan yang diketengahkan.

“Saya amat bangga dan teruja melihat perhiasan yang berada di sini dan saya yakin ia bakal menggamit kehadiran ribuan pengunjung.

“Malah saya juga yakin, tapak perhiasan ini juga berpotensi dijadikan tempat tarikan baharu untuk menggalakkan lagi kehadiran pengunjung bagi mencipta memori indah bersama keluarga dan juga rakan-rakan,” katanya. 

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut