BERA, 18 JANUARI 2025 : Jualan Rahmah Madani Bergerak dapat membantu rakyat membuat persediaan awal menghadapi sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Menurut Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Puan Leong Yu Man, jualan ini diadakan di kawasan tersebut bersempena perayaan-perayaan yang bakal menjelma.
“Dan jualan rahmah ini diadakan sempena Tahun Baharu Cina yang mana kita berharap masyarakat dapat membeli barangan sebagai persiapan menyambut perayaan ini tidak lama lagi.
“Pada bulan Mac kita akan adakan sekali lagi jualan seperti ini bagi masyarakat yang akan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang diatas inisiatif mengadakan Jualan Makmur yang akan diadakan di dua lokasi di Triang.
“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail di atas inisiatif mengadakan Jualan Makmur yang memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.
“Minggu hadapan akan diadakan lagi jualan seperti ini di Pasaraya TF dan Pasaraya Econsave bagi penduduk yang tidak sempat datang atau ingin membeli barangan tambahan,” katanya.
Lebih 500 penduduk setempat membanjiri Jualan Rahmah Madani Bergerak di Dewan Pertubuhan Kebajikan Zhong Yuan di Triang yang berlangsung selama tiga jam hari ini.
SUMBER: PAHANGMEDIA