ANWAR HADIR MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA RAKYAT MALAYSIA DI BELGIUM

BRUSSELS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis minum petang dan ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium, semalam.

Majlis yang diadakan sempena lawatan kerja dua hari Perdana Menteri ke Belgium yang bermula Ahad, dihadiri kira-kira 200 rakyat Malaysia yang berada di negara itu.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Duta Malaysia ke Belgium, Luxembourg dan Kesatuan Eropah, Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak, serta Presiden Persatuan Malaysia di Belgium, Sarala Shambulingam.

Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Mohd Khalid Abbasi dalam ucapannya pada majlis itu berkata, terdapat kira-kira 200 rakyat Malaysia bekerja atau belajar di Belgium.

“Satu nama popular yang tidak dapat hadir ialah pemain bola sepak, Luqman Hakim Shamsudin yang mempunyai perlawanan pada malam ini (malam tadi),” katanya.

Luqman Hakim mencipta sejarah bola sepak negara apabila menandatangani kontrak dengan kelab Belgium, KV Kortrijk.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut