PESARA TERPEDAYA KOMISEN LUMAYAN HASIL KERJA DALAM TALIAN RUGI LEBIH RM145,000

KUANTAN: Seorang pesara swasta kerugian RM145,388 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata lelaki berusia 63 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang menawarkan kerja sambilan membabitkan promosi barangan elektrik dalam talian dikenali ‘WEBRICOTS.SG. Madison’ pada 5 Disember lalu.

Katanya, mangsa dijanjikan komisen 25 peratus apabila mendaftar sebagai ahli syarikat dengan dua hingga lapan peratus komisen bagi setiap barangan elektrik dipromosikan.

“Mangsa mula membuat tugasan pertama pada 6 Disember lalu dan melakukan transaksi RM4,018 ke akaun diberikan suspek. Mangsa menghubungi suspek selepas tidak berminat dengan tugasan itu dan ingin menarik diri.

“Bagi mendapatkan semua keuntungan dijanjikan, suspek meminta mangsa membuat transaksi wang sehinggalah mangsa mula menyedari ditipu dan membuat laporan polis.

“Secara keseluruhan, mangsa membuat 14 transaksi ke 12 akaun bank berbeza sehingga mengalami kerugian RM145,388. Siasatan mendapati mangsa menggunakan wang simpanan untuk

transaksi yang dibuat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …