JSJN JALIN KERJASAMA PGA, PPM TANGANI PENYELUDUPAN DADAH DI SABAH

CENDERAHATI: Khaw menerima cenderahati daripada Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Datuk Abdul Rani Alias.

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menjalinkan kerjasama dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) bagi menangani isu penyeludupan dadah di negeri ini.

Pengarah JSJN Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, isu penyeludupan dadah di Sabah perlu ditangani kerana negeri ini dijadikan sebagai transit sama ada untuk penyeludupan masuk dan keluar berikutan kedudukan Sabah yang strategik serta dikelilingi beberapa negara jiran.

“Sabah bukan sahaja lokasi strategik untuk penyeludupan dadah tetapi juga mempunyai fasiliti serta kemudahan untuk membawa masuk contohnya dari utara negara jiran ke semenanjung melalui perkhidmatan kurier  samaada melalui laut atau udara ke Sabah.

“Begitu juga dengan nilai lumayan serta permintaan tinggi terhadap bekalan dadah yang boleh mencecah RM450,000 apabila dijual ke negara jiran berbanding hanya RM33,000 ke RM35,000 bagi harga pasaran tempatan.

“Faktor inilah yang menjadikan Sabah sebagai transit utama pihak sindiket untuk menyudup ke negara jiran melalui jalan laut,” katanya semasa mengadakan mesyuarat bersama di Ibu Pejabat Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA).

Beliau berkata, tindakan proaktif dilaksanakan oleh pihak JSJN dengan mengadakan kolaborasi bersama PGA dan PPM serta JSJN Kontinjen Sabah dalam memerangi kegiatan penyeludupan ini.

“Hasil mesyuarat membincangkan berkenaan keselamatan sempadan khasnya berkaitan masalah dadah dengan mengambil perhatian terhadap pengoperasian kontak yang luas.

“Bukan maksudnya kita tidak pernah mengadakan operasi, tetapi dengan adanya kerjasama kekuatan 4,054 daripada PGA dan 949 anggota PPM akan menguatkan lagi operasi berikutan JSJN Kontinjen Sabah hanya mempunyai 436 anggota serta pegawai pada masa sekarang.

“Dengan adanya bantuan ini kita mampu melaksanakan satu operasi yang lebih berkesan serta lebih berjaya sekiranya kita membuat satu projek berkenaan membanteras isu dadah yang perlu ditangani di negeri ini,” katanya.

Bercakap lanjut mengenai operasi itu, beliau berkata, kawasan panas atau hotspot penyeludupan serta penyalahgunaan dadah sudah dikenalpasti sebelum melaksanakan tindakan lanjut termasuk perancangan operasi.

“Saya sudah diberitahu dengan jelas tentang tempat-tempat hotspot iaitu kawasan-kawasan yang dipercayai kawasan dan laluan sama laluan laut, laluan darat, lorong tikus serta sindiket yang aktif, kita akan buat perancangan dan terdekat dengan tiga agensi terbabit dan mungkin kita juga mendapat bantuan daripada Pasukan Gerakan Udara (PGU) yang membekalkan kepakaran dron dan lain-lain.

“Hotspot itu juga termasuk kawasan pulau yang ada di sekeliling Tawau, Semporna yang dikenal pasti aktif menjalankan kegiatan dadah,” katanya sambil menambah maklumat secara terperinci tidak dapat dinyatakan berikutan berpotensi menggangu perjalanan operasi kelak.

Sementara itu semasa ditanya adakah sindiket yang dikenal pasti adalah sindiket antarabangsa, beliau enggan mengulas lanjut berikutan perkara itu masih dalam siasatan.

“Tarikh atau masa operasi saya tidak boleh maklumkan kerana saya percaya pihak sindiket sentiasa peka dengan sebarang kenyataan pihak polis, apabila tangkapan atau rampasan dibuat maka saya akan nyatakan pada masa itu.

“Saya harapkan perancangan yang sudah dibuat ini akan membuahkan hasil dan membanteras kegiatan penyeludupan dadah di Sabah,” katanya.

Tambahnya, usaha ini juga dilakukan seiring dengan penubuhan satu daripada lima unit Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN) yang terletak di Sandakan dan berfungsi menerima dan bertukar maklumat berkaitan jenayah narkotik daripada negara jiran mahupun maklumat dalam negara.

“SNN berperanan sebagai medan utama memperoleh maklumat sebelum dialihkan kepada kita dan kita akan rancang untuk ambil tindakan lanjut.

“Operasi membanteras penyeludupan dadah bukan terletak pada JSJN Kontinjen Sabah semata-mata tetapi JSJN Bukit Aman juga seringkali turun padang bagi memantau dan menyiasat sebelum proses mengambil tindakan dilaksana.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk pegawai polis sekiranya terlibat dalam kegiatan merosakkan negara dan kita akan berikan hukuman setimpal mengikut undang-undang negara kepada setiap pesalah dadah,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

UMAT ISLAM DI MALAYSIA AKAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA PADA 7 JUN 2025 (SABTU) BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH 1446H

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun 2025 (Sabtu) bersamaan 10 Zulhijjah 1446H. Marilah kita …
Maklumat Lanjut

SABAH MAHU LEBIH RAMAI PEKEBUN CEBURI TANAMAN KOKO

PENGHARGAAN: Jeffrey (tengah) menyampaikan cenderahati penghargaan kepada wakil yang terlibat menjayakan MICF 2025. Turut kelihatan, Chan (dua kanan), Matbali (tiga …
Maklumat Lanjut

ATEX 2025 ERATKAN KERJASAMA DALAM SEKTOR PELANCONGAN

TERIMA KASIH: Hajiji menyampaikan cenderahati kepada Eddy sambil disaksikan Joniston (dua kanan), Tan (dua kiri), Nigel (kiri) dan Zamani (kanan) …
Maklumat Lanjut