‘MACAM AKSI DALAM FILEM KONGSI GELAP’

Bagaikan aksi dalam filem kongsi gelap apabila sekumpulan individu menyerang empat lelaki menggunakan parang di sebuah restoran di sini pada Khamis malam. Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, lima lelaki bertopeng yang menaiki sebuah kenderaan berhenti di tepi kedai lalu meluru ke arah sekumpulan lelaki di restoran itu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar, terdapat pengujung lain yang turut menyaksikan kejadian berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, polis menerima maklumat kejadian pada jam 10 malam mengenai empat lelaki warga tempatan diserang. Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai menerima makluman terdapat empat lelaki warga tempatan lingkungan umur 44 tahun hingga 59 tahun dikatakan diserang.

Hasil siasatan mendapati, ia dilakukan sekumpulan lelaki disyaki warga tempatan dianggarkan seramai lima individu bersenjatakan parang. Kesemua mangsa yang cedera telah dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil. Motif serangan masih belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh menghubungi Balai Polis berdekatan atau Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7902222.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut