KOMBES PAHANG DIJANGKA DIBUKA KEPADA ORANG AWAM SEPTEMBER INI

KUANTAN, 09 JANUARI 2025 : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang (KOMBES Pahang) dijangka akan dibuka kepada orang awam pada September tahun ini.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal berkata, kerja-kerja naik taraf dan pembinaan baharu kompleks dikendalikan oleh kontraktor M.Z. Hakujaya Sdn. Bhd. itu kini telah mencapai lebih 72 peratus dan akan siap sepenuhnya pada Jun nanti.

Katanya, projek yang dibina di tengah bandar Kuantan itu menelan kos sebanyak RM24,728,39.80 dengan keluasan 4.5 hektar.

“Saya ucap terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang untuk menyediakan tapak di tengah bandar Kuantan ini.

“Jadi sudah pastilah apabila siap kompleks ini, akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat Pahang khususnya orang muda untuk melakukan aktiviti dengan pelbagai kemudahan disediakan di kompleks ini,” katanya ketika melakukan lawatan kerja di KOMBES Pahang, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, mewakili Kerajaan Negeri Pahang, beliau berharap dengan pembinaan kompleks berkenaan dapat melahirkan lebih ramai atlet sukan berbakat untuk negeri ini.

“Dan pada masa sama menjadi pusat kegiatan serta aktiviti belia untuk Negeri Pahang ini. Ia akan menjadi satu mercu tanda baharu kepada negeri ini apabila siap nanti,” katanya.

Antara kemudahan yang terdapat di KOMBES Pahang adalah bangunan pentadbiran, bangunan asrama, dewan utama, gimnasium, gelanggang sukan pelbagai guna berbumbung, gelanggang futsal berbumbung, ‘skate park’ dan ‘wall climbing’, trek sintetik, auditorium, kiosk niaga dan gelanggaang petanque.

“‘Skate park’ ini menarik kerana desainnya adalah atas kehendak peminat-peminat sukan papan selaju di negeri ini. Kita dapatkan padangan mereka apabila kita membina ‘skate park’ tersebut berikutan banyak permintaan dari mereka. Saya rasa mereka teruja untuk menggunakan ‘skate park’ ini,” ujarnya.

Katanya lagi, segala permasalahan yang menyebabkan kelewatan dalam pembinaan kompleks berkenaan sudah lama diselesaikan.

“Dari segi kemajuan nampak mengikut landasan cuma terdapat sedikit isu berkaitan sambungan pembentungan melibatkan IWK (Indah Water Konsurtium Sdn Bhd) di mana kita sudah minta untuk diberikan keutamaan kepada penyambungan pembentungan ini,” ujarnya lagi.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut