PBT MELAKA SIAP SEDIA SAMBUT TETAMU WTD 2025, WTC 2025

Ayer Keroh – Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini sedang melipat ganda usaha memastikan Melaka sentiasa bersih, cantik dan selesa sebagai persiapan menyambut kehadiran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) dan Hari Persidangan Dunia 2025 (WTC2025).

Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata empat PBT terbabit adalah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB); Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ); Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Katanya, sebanyak 155 negara yang terlibat dari seluruh dunia akan menghantar delegasi masing-masing dan berhimpun di Melaka pada September nanti.

“Setiap PBT di negeri ini sedang giat melakukan pelbagai keindahan, pembersihan sebagai persiapan menyambut ‘tetamu’.

“Kita bukan sahaja laksanakan gotong-royong atau mengindahkan pintu masuk ke negeri ini, malah setiap lokasi pelancongan di bawah kawasan pentadbiran PBT masing-masing turut diperindah dan ditambah baik yang mana infra dibaik pulih, kemudahan awam sentiasa dipantau dan bersih.

“Setiap PBT ini ada peruntukan sendiri yang mana telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk kerja-kerja penambahbaikan dan pelbagai lagi,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Untuk rekod, WTD disambut pada 27 September setiap tahun bermula 1980.

Penganjuran WTD adalah untuk menunjukkan kesedaran bahawa pelancongan adalah penting kepada masyarakat antarabangsa dan juga untuk menunjukkan bagaimana pelancongan mempengaruhi nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi di merata dunia.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut