𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—šπ—˜π— π—£π—¨π—₯ 𝗧𝗔𝗬𝗔π—₯ β€˜ π—•π—’π—§π—”π—ž β€˜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Tayar β€˜ Botak β€˜ dan haus berlebihan masih berleluasa dikesan digunakan oleh kenderaan perdagangan semasa Ops khas gempur teknikal yang dilaksanakan JPJ Negeri Pulau Pinang.

Sikap abaikan aspek keselamatan ini boleh mengundang risiko kemalangan serta tayar celup ini boleh pecah dan serpihan tayar bertaburan diatas jalanraya atau di lebuhraya. Kesan serpihan ini boleh menyebabkan kemalangan disebabkan brek mengejut serta boleh merbahaya kepada pengguna jalanraya yang lain juga kepada pemandu kenderaan perdagangan itu sendiri. JPJ Pulau Pinang tidak akan berkompromi berkaitan isu ini serta kesalahan teknikal yang lain, tindakan tegas dan saman akan dikenakan terhadap pemilik kenderaan dan juga pemandu.

Pelbagai kesalahan teknikal dikesan sepanjang operasi khas gempur teknikal dilaksanakan seperti lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, tiada pantulan cahaya, cermin gelap, ubahsuai badan kenderaan, gagal selenggara kenderaan dengan baik membawa lebih muatan, tidak tutup muatan, guna telefon bimbit semasa memandu dan lain-lain kesalahan membabitkan pelesenan kenderaan dan pelesenan pemandu.

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …