π—£π—˜π—₯π—›π—œπ— π—£π—¨π—‘π—”π—‘ π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—”π—‘ π—žπ—’π—‘π—§π—œπ—‘π—π—˜π—‘ π—£π—’π—Ÿπ—œπ—¦ π—£π—¨π—Ÿπ—”π—¨ π—£π—œπ—‘π—”π—‘π—š

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Hj Ahmad, telah menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Pulau Pinang bagi Januari 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti bertempat di Dewan Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Dalam ucapan beliau, Datuk Hamzah menekankan kepentingan integriti dan tata kelola yang baik dalam memperkasakan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau menegaskan usaha gigih Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk melaksanakan pelbagai mekanisme dalam mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap institusi ini. Sebagai agensi penguatkuasaan utama negara, perlu mengamalkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, dan tadbir urus yang baik bagi memenuhi ekspektasi rakyat dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.

Beliau turut menyeru agar semua pegawai dan anggota mengekalkan tahap disiplin tinggi dalam menjalankan tugas, demi menghapuskan stigma negatif seperti rasuah dan salah guna kuasa yang sering dikaitkan dengan PDRM.

Sumber : PDRM Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/PolisPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …