TAWAU: seorang lelaki warga emas maut ditetak dengan parang dalam kejadian di sebuah rumah kebun di Jalan Sing Ho, Merotai Besar, di sini semalam.
Mangsa warga tempatan berusia 66 tahun parah dengan kesan luka di bahagian kiri dan kanan kepala akibat ditetak suspek warga asing berusia 33 tahun.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki mengatakan berlaku pergaduhan menggunakan parang, pada jam 2.44 petang.
Katanya, bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Balai Polis Bombalai menuju ke lokasi.
“Setiba di lokasi, polis menemukan mayat lelaki dengan kesan tetakan di rumah kebun berkenaan. Pasukan polis kemudian berjaya menahan suspek.
“Polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan suspek untuk menetak mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Jasmin berkata, siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati mayat mangsa dengan kesan tetakan di bahagian kiri dan kanan kepala.
“Motif kejadian dipercayai akibat salah faham antara mangsa dan suspek sehingga berlaku pergaduhan.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek warga asing, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berada di negara ini dan bekerja sebagai buruh ladang di kebun Merotai Besar,” katanya.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek warga asing, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berada di negara ini dan bekerja sebagai buruh ladang di kebun Merotai Besar.
“Suspek juga disiasat mengikut dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berada di Malaysia,” katanya.
#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online