FLYsiswa

INISIATIF BANTUAN SUBSIDI PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN UNTUK PELAJAR UNIVERSITI AWAM, POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SERTA KOLEJ MATRIKULASI DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI LALUAN DOMESTIK ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2025

Sejajar dengan pengumuman YAB Perdana Menteri pada Karnival Flysiswa pada 12 Disember 2024, Kerajaan Perpaduan akan meneruskan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa). YAB PM turut mengumumkan kenaikan bantuan subsidi ini daripada RM300 kepada RM400 mulai 1 Januari 2025.

Para pelajar yang layak boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian PengangkutanΒ https://subsidiudara.mot.gov.my

Sumber; Kementerian Pengangkutan

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut