WARGA EMAS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DALAM KERETA TERKUNCI

MENINGGAL DUNIA: Pegawai perubatan KKM mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto ihsan JBPM Sabah

KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan dalam sebuah kenderaan berhampiran kawasan Taman Sinar Jalan Bukit Temasu, Luyang di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa yang berumur 69 tahunΒ  itu ditemukan dalam kereta yang masih hidup enjin di tepi jalan.

Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.03 pagi sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi kejadian.

β€œSebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kereta terkunci dan terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedar diri.

“Pasukan bomba bertindak membuka pintu kereta terbabit dengan menggunakan peralatan khas.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, selepas pemeriksaan dijalankan dan tiada bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 10.22 pagi.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

Β 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut