STATISTIK EKSPORT IMPORT MENGIKUT NEGERI, NOVEMBER 2024

STATISTIK EKSPORT IMPORT MENGIKUT NEGERI, NOVEMBER 2024: PULAU PINANG, PERAK, W.P. LABUAN, KELANTAN DAN PERLIS MENCATATKAN PERTUMBUHAN POSITIF BAGI JUMLAH PERDAGANGAN PADA BULAN NOVEMBER 2024

Siaran Terkini : 27 Disember 2024

Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM237.8 bilion pada November 2024 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM126.6 bilion dan RM111.3 bilion.

Eksport bernilai RM126.6 bilion pada November 2024, meningkat sebanyak RM5.0 bilion (+4.1%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM10.7 bilion), Perak (+RM373.5 juta), W.P. Labuan (+RM258.8 juta), Selangor (+RM46.8 juta), Melaka (+RM18.0 juta) dan Perlis (+RM3.6 juta). Walau bagaimanapun, nilai eksport menurun di W.P. Kuala Lumpur sebanyak RM2.0 bilion, Johor (-RM1.9 bilion), Kedah (-RM1.0 bilion), Sabah (-RM390.2 juta), Terengganu (-RM353.7 juta), Pahang (-RM262.0 juta), Negeri Sembilan (-RM217.7 juta), Sarawak (-RM180.3 juta) dan Kelantan (-RM20.1 juta).

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 36.4 peratus, diikuti oleh Johor (18.4%), Selangor (17.3%), Sarawak (7.9%) dan W.P. Kuala Lumpur (3.8%).

Pada masa yang sama, import pada bulan November 2024 meningkat RM1.8 bilion (+1.6%) berbanding bulan yang sama pada 2023. Peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM5.4 bilion), Johor (+RM499.2 juta), W.P. Labuan (+RM232.1 juta), Kedah (+RM158.3 juta), Kelantan (+RM57.4 juta), Perlis (+RM53.6 juta) dan Terengganu (+RM52.4 juta). Walau bagaimanapun, nilai import jatuh di Negeri Sembilan sebanyak RM1.3 bilion, W.P. Kuala Lumpur (-RM1.1 bilion), Melaka (-RM746.4 juta), Pahang (-RM706.6 juta), Sarawak (-RM625.8 juta), Perak (-RM354.1 juta), Selangor (-RM316.2 juta) dan Sabah (-RM232.3 juta).

Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 25.8 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (24.7%), Johor (20.5%), W.P. Kuala Lumpur (8.3%) dan Kedah (5.7%).

 

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut