‘NOSTALGIA KOMPLEKS TERUNTUM’ TARIK KUNJUNGAN ORANG RAMAI

KUANTAN, 19 DISEMBER 2024 : Penganjuran Program Hari Nostalgia Kompleks Teruntum oleh Badan Pengurusan Bersama Kompleks Teruntum (BPBKT) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dapat mengembalikan suasana zaman kegemilangan Kompleks Teruntum pada era 80-an sehingga 2000.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Puan Leong Yu Man berkata, usaha ini bukan sahaja dapat mengimbau kenangan pada era 80-an tetapi inisiatif ini juga dapat menghidupkan kembali bangunan kompleks yang kini berusia 43 tahun.

“Saya sangat gembira kerana ada satu inisiatif bukan sahaja dari kerajaan tetapi juga dari pihak swasta yang telah mengambil inisiatif untuk mengembalikan zaman kegemilangan Kompleks Teruntum yang merupakan satu bangunan bersejarah yang dahulunya pernah menjadi pilihan utama orang Kuantan untuk membeli belah.

“Pada masa sama kita nampak ini adalah inisiatif sangat baik di mana seperti yang dinyatakan Dato’ Faizal (Ketua Pegawai Eksekutif PKNP) bahawa walau ada pembangunan di Kuantan, ada kompleks-kompleks membeli belah yang baru tetapi Kompleks Teruntum ada keunikan sendiri jadi kita boleh rebranding (penjenamaan semula) dan marketing (pasarkan) semula untuk pasaran tertentu dan sasaran-sasaran pengunjung tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Hari Nostalgia Kompleks Teruntum yang diadakan di Ruang Legar Kompleks Teruntum, Kuantan.

Program tersebut akan berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dengan menawarkan pelbagai aktiviti dan jualan.

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan ialah Photo Explorer (Treasure Hunt), Pertandingan Bayblade, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Karom, Pakaian Tercantik (retro), Malam Tua-Tui, pameran kenderaan serta kunjungan Otai Permotoran.

Turut disediakan buat pengunjung ialah jualan daripada 33 vendor yang menjual pelbagai barangan, makanan dan pakaian bertemakan nostalgia.

YB. Puan Leong Yu Man berkata, Kerajaan Pahang juga turut memperuntukkan jumlah yang besar bagi kerja-kerja menaiktaraf bangunan Kompleks Teruntum bagi meningkatkan sistem keselamatan dan kemudahan infrastruktur kepada pengguna.

“Dan saya difahamkan bahawa walaupun Kompleks Teruntum sudah berusia 43 tahun tetapi tidak dilupakan sebab dalam beberapa tahun ini kita lihat ada bajet-bajet yang diperuntukkan yang telah digunakan sebagai kos untuk menambahbaik infrastruktur Kompleks Teruntum,” katanya.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut