PENJAWAT AWAM PERLU AMAL SIKAP BERJIMAT CERMAT – KSN

PEKAN: Kerajaan perlu memantau dulu pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebelum menilai semula had umur persaraan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

“Setakat ini kita tengok dulu. Masih belum memikirkan sebarang cadangan berkaitan umur persaraan.

“Tumpuan kini lebih kepada SSPA terlebih dahulu dan minggu lalu penjawat awam menerima kenaikan gaji yang diharap.

“Saya dapati dalam media sosial penjawat awam begitu gembira menerima kenaikan gaji yang sudah lama mereka tunggu yang dapat meringankan beban masing-masing,” katanya ditemui pada Program Santuni MADANI Kampung Tanjung Batu, Nenasi, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pembangunan Negeri Pahang, Datuk Fadzillah Salleh dan Pegawai Daerah Pekan, Datuk Zaliza Zulkipli.

Pada program itu, seramai 51 asnaf menerima sumbangan barang keperluan harian membabitkan peruntukan peruntukan RM38,000 di bawah Pembangunan Negeri Pahang bagi menyediakan empat kemudahan untuk penduduk Kampung Tanjung Batu.

Shamsul Azri berkata, penjawat awam yang menerima kenaikan gaji diingatkan supaya berjimat cermat dalam berbelanja, terutama menyediakan kelengkapan persekolahan anak.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut