ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) PAHANG MENASIHATI PENGUNJUNG PANTAI DI KUANTAN, PEKAN DAN ROMPIN SUPAYA TIDAK MELAKUKAN AKTIVITI AIR

KUANTAN: Masih ada segelintir pengunjung di Pantai Sepat, di sini tidak mengutamakan keselamatan apabila masih melakukan aktiviti air.

Tinjauan hari ini mendapati ada pengunjung, terutama ibu bapa membiarkan anak mereka mandi di pantai berkenaan walaupun bendera merah dikibarkan.

Pihak berkuasa terutama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang menasihati orang ramai yang ingin mengunjungi pantai di daerah ini, Pekan dan Rompin supaya tidak melakukan aktiviti air.

Seorang pengunjung, Kamarilah Muhammad Kamaruddin, 40, berkata tidak sepatutnya pengunjung terutama ibu bapa membiarkan anak mereka mandi ketika ombak besar dan laut bergelora.

Sementara itu, Pengarah APM Pahang, Che Adam A Rahman, berkata orang ramai perlu cakna tidak mengambil risiko bermain di pantai kerana Monsun Timur Laut akan berterusan hingga Mac depan.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut