AKSI ‘MOTORCROSS’ PULA BAKAL GEGARKAN ASAHAN 2025

Asahan – Aktiviti sukan lasak ‘motorcross’ menggunakan laluan tanah merah ladang kelapa sawit sebagai litar bakal dianjurkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata bagaimanapun pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat bagi penganjuran sukan lasak itu.

“Kita mengadakan perbincangan dan mendapatkan pandangan daripada anak-anak Felda Bukit Senggeh untuk anjurkan sukan motorcross tahun hadapan.

“Ia bukan sahaja memberi impak kepada anak-anak Felda Bukit Senggeh, malah seluruh belia DUN Asahan sendiri, Insya-Allah tahun hadapan Asahan bergegar lagi.

“Bagaimanapun kita akan berbincang dengan pihak teknikal dan kelab motorcross untuk mendengar dahulu bagaimana litar yang dikehendaki,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyampaikan hadiah pertandingan Rally of Asahan 2024 di Kompleks Japerun Asahan, di sini, hari ini.

Katanya, sukan motorcross berkenaan akan menggunakan litar yang sama dengan Rally of Asahan 2024.

“Kita sudah bertanya kepada anak-anak di Felda Bukit Senggeh, ladang kelapa sawit ini memang sesuai untuk aksi sukan lasak motorcross tersebut,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini ( MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …