YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2025) bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. | Foto MDJ Wira Anggara

 

#IskandarPuteri – Komitmen memastikan status hijau terhadap 17 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) yang aktif dengan masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah berjaya direalisasikan apabila sebanyak 16 kawasan kini menjadi Kawasan Berisiko Rendah (KBR) pada Oktober lalu.

 

Antara kawasan KBT yang berjaya menjadi kawasan hijau dan selamat untuk masyarakat adalah di Mukim Pulai, Mukim Sungai Tiram, Mukim Bandar Johor Bahru, Mukim Kulai, Mukim Mersing, Mukim Parit Sulong, Mukim Pontian, Mukim Pogoh dan Mukim Bandar Muar.

 

Usaha tersebut dilaksanakan menerusi peruntukan sebanyak RM1.13 juta di dalam Belanjawan Johor 2024 bagi meningkatkan kualiti kesihatan Bangsa Johor seterusnya berada di landasan tepat untuk mencapai misi Bangsa Johor Bebas Dadah dan Dadah Terkawal 2025.

 

Selain itu, Kerajaan Johor turut meneruskan inisiatif penghijauan KBT menerusi peruntukan sebanyak RM240,000 disediakan di dalam Belanjawan Johor 2025 selain pelbagai program termasuk Johor Iltizam Hapus Ancaman Dadah (JIHAD) bagi membendung penyalahgunaan dadah di negeri ini.

 

YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor menjawab soalan YB Puan Hasrunizah Hassan, Ahli Dewan Negeri kawasan Pulai Sebatang berkaitan usaha Kerajaan Negeri membanteras ancaman dadah pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2025) bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

Sumber : Media Digital Johor

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut

RAPTAI PENUH ISTIADAT PERBARISAN BERJALAN LANCAR

BINCANG: Leftenan Kol. Alphonsus menjelaskan sesuatu kepada Joachim (kiri). KOTA KINABALU: Cuaca baik kelmarin membolehkan raptai penuh Istiadat Perbarisan  sempena …
Maklumat Lanjut