SKUAD IHSAN MADANI GERAK BANTUAN PASCA BANJIR

PUTRAJAYA: Skuad Ihsan MADANI Kementerian Komunikasi dengan kekuatan 529 warga kerja digerakkan untuk bantuan pasca banjir.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata usaha itu juga sebagai persiapan di negeri yang dijangka menghadapi banjir gelombang ketiga.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah diminta meningkatkan pemantauan menara yang rosak atau tidak aktif akibat banjir di negeri berkenaan.

“Saya minta persiapan untuk tahun depan dimulakan awal dengan menaik taraf menara, yang dalam beberapa tahun kebelakangan sering terkesan akibat banjir.

“Banyak berlaku di Kelantan, dii Parlimen Pasir Mas dan Rantau Panjang berdekatan Sungai Golok yang kita lihat sering berlaku banjir,” katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Fahmi turut meminta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, supaya segera menyalurkan bantuan kepada warga kementerian yang terjejas akibat banjir.

Selain itu, Fahmi turut meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menyalurkan bantuan menerusi Tabung Kasih@HAWANA kepada wartawan terjejas.

Tabung Kasih@HAWANA kendalian BERNAMA telah mengagihkan bantuan kepada 234 penerima dalam kalangan pengamal media termasuk 30 orang penerima mangsa banjir.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 324 stesen pemancar komunikasi yang sebelum ini terjejas di empat negeri sudah pulih dan kembali beroperasi seperti biasa.

Sebelum ini, MCMC melaporkan 324 stesen pemancar komunikasi terjejas di empat negeri iaitu 264 di Kelantan, 49 di Terengganu, 10 di Pahang dan satu di Johor.

Operasi 99 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) turut terkesan akibat banjir, dengan 98 daripadanya sudah kembali beroperasi.

SUMBER: NADMA

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut