RM590 JUTA DISALUR UNTUK SEJATI MADANI, SARAWAK TERTINGGI

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM590 juta membabitkan 6,547 permohonan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) diluluskan sehingga 12 Disember lalu.

Program SejaTi MADANI adalah program bantuan kerajaan bertujuan mengupayakan komuniti melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata daripada jumlah itu, Sarawak mencatat peruntukan tertinggi iaitu RM100 juta diikuti Johor sebanyak RM69.58 juta.

Katanya, Masyarakat Orang Asli juga mendapat manfaat dengan 52 permohonan bernilai RM5.2 juta diluluskan, termasuk Perak, Johor dan Pahang sebagai penerima utama.

“Ini membuktikan usaha kerajaan memperkasa komuniti tanpa mengira latar belakang. Permohonan adalah percuma dan tidak memerlukan ejen atau sebarang bayaran.

“Komuniti yang layak digalakkan berurusan terus dengan Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) terdekat dan merujuk garis panduan sebelum memohon,” katanya menerusi hantaran di laman X.

Terdahulu di Dewan Negara, beliau menjawab soalan Senator Manolan Mohamad berhubung permohonan Program SejaTi MADANI mengikut negeri yang diluluskan termasuk daripada masyarakat Orang Asli.

Tambahnya, program itu akan diteruskan dengan jenama baharu Ikhtiar SejaTi MADANI dengan peruntukan sebanyak RM600 juta, pada tahun hadapan

“Ini peluang besar bagi komuniti yang masih belum memohon. Sebarkan kepada keluarga dan rakan anda, supaya lebih ramai dapat manfaat daripada inisiatif ini,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut