7 DIBURU TERBABIT KES PENIPUAN GIGAMAX DENGAN KERUGIAN LEBIH RM7.25 JUTA

KUALA LUMPUR: Polis memburu tujuh individu termasuk seorang warga Indonesia bagi membantu siasatan membabitkan kes penipuan pelaburan Gigamax membabitkan kerugian lebih RM7.25 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata warga Indonesia dikenali Awaludin itu dipercayai berperanan sebagai dalang, manakala enam warga tempatan bertindak sebagai penceramah dan kripto trail.

Mereka termasuk dua kepimpinan tertinggi sebuah badan bukan kerjaan (NGO) iaitu Benjamin al Sharif dan Mohd Norizwan Ali, selain Mohamad Sufi Abd Razak, Muhd Firdaus Khadri dan Risman Muhd Yatim.

Seorang lagi yang diburu adalah Muhamad Nizam Sahar yang dipercayai sudah melarikan diri ke Dubai.

“Mereka berusia 38 hingga 48 itu diperlukan bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan Gigamax yang mana setakat ini polis menerima 101 laporan polis yang membabitkan kerugian keseluruhan lebih RM7.25 juta.

“Kita percaya enam lagi individu (muhammad Nizam) termasuk warga Indonesia masih berada dalam negara. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK hari ini.

Pada 13 Nov lalu, polis menahan 11 individu termasuk dua wanita berusia 34 hingga 59 tahun berkaitan kes terbabit menerusi Operasi Nuru-Gigamax di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Melaka.

Gigamax adalah platform yang berfungsi sebagai broker mata wang kripto yang menjadi medium antara pelabur dan pasaran kripto.

Platform itu diperkenalkan dan dipromosikan awal Julai 2022 oleh akademi yang juga sebuah NGO yang menyediakan kaedah pendidikan dalam bentuk ‘blockchain’ dan ‘decentralization finance’ (kewangan tidak berpusat).

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut

RAPTAI PENUH ISTIADAT PERBARISAN BERJALAN LANCAR

BINCANG: Leftenan Kol. Alphonsus menjelaskan sesuatu kepada Joachim (kiri). KOTA KINABALU: Cuaca baik kelmarin membolehkan raptai penuh Istiadat Perbarisan  sempena …
Maklumat Lanjut