Ketibaan penerbangan laluan baharu Batik Air dari Bangkok, Thailand ke Johor Bahru di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS). | Foto Tourism Johor

 

 

#IskandarPuteri – Tourism Johor menyambut baik laluan baharu penerbangan terus Batik Air di antara Johor Bahru dengan Bangkok, Thailand bermula Isnin lalu, yang bakal memberikan limpahan manfaat apabila memudahkan akses pelancong dan menawarkan peluang besar dalam aktiviti ekonomi serta pelancongan di negeri ini.

 

Perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut mampu memperkukuh Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ) sebagai hab ekonomi utama di Asia Tenggara selain membuka peluang pemain industri dari Thailand meneroka potensi kerjasama perniagaan dan jalinan usaha sama.

 

Bagi Sharil Nizam Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor, laluan tersebut juga membolehkan pelancong dari negara jiran menikmati masa perjalanan lebih singkat sekali gus menjadikan Johor Bahru lebih mudah untuk diakses bagi percutian hujung minggu dan keluarga serta mesyuarat korporat.

 

Selain itu, Johor memiliki potensi besar menjadi destinasi pelancongan unggul menerusi lokasi bersejarah seperti Bangunan Sultan Ibrahim, taman tema terkenal dan pusat beli-belah bertaraf dunia yang mampu menawarkan pengalaman menarik kepada pelancong apabila berkunjung ke negeri ini.

 

Laluan baharu melibatkan tujuh penerbangan pergi dan balik setiap minggu itu dijangka bukan sahaja memperkukuh hubungan perniagaan antara Johor dan Thailand malah meningkatkan kehadiran pelancong seterusnya menterjemah usaha progresif Johor menjadi destinasi utama pelaburan dan pelancongan di rantau ini.

Sumber: Media Digital Johor

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut