SIDANG DUN : KADAR LIPUTAN INTERNET DI PAHANG MENINGKAT KEPADA 99.33 PERATUS

KUANTAN, 05 DISEMBER 2024 : Kadar peratusan liputan internet di kawasan berpenduduk di Negeri Pahang meningkat kepada 99.33 peratus berbanding sebelum pelaksanaan jalinan digital negara iaitu 89.1 peratus pada 2020.

Menurut Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal, sebelum penghujung suku pertama tahun hadapan, Kerajaan Negeri Pahang bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memberi tumpuan kepada baki projek-projek di bawah Inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang masih belum selesai untuk disiapkan sepenuhnya.

“Kerajaan Negeri Pahang bersama SKMM sentiasa berusaha sehabis baik bagi
meningkatkan kadar liputan internet di kawasan berpenduduk di negeri ini termasuklah di kampung-kampung tradisional, kawasan penempatan penduduk di pedalaman,
perkampungan orang asli, dan kawasan pelancongan luar bandar.

“Ini termasuklah memastikan baki 108 menara telekomunikasi lagi akan siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir suku pertama tahun hadapan. Bagi menara-menara baru yang masih belum disambung dengan rangkaian gentian optik pihak Telekom akan menggunakan teknologi satelit starlink bagi penyediaan transmisi sebagai langkah interim sementara menunggu kerja-kerja penyambungan gentian optik siap sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata sebelum penghujung tahun hadapan, baki 22,919 premis akan dirangkaikan dengan gentian optik serta menyiapkan baki enam struktur pemancar 5G menjelang penghujung tahun.

“Kedua memastikan baki 22, 919 premis lagi dirangkaikan dengan gentian optik sebelum penghujung tahun ini. Dan yang ketiga penyiapkan baki enam struktur pemancar 5G disiapkan penghujung tahun ini sebelum pelaksanaan fasa kedua pemasangan
atau pembinaan struktur pemancar 5G pada tahun hadapan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak RM250,000 disediakan di bawah Belanjawan Negeri Pahang bagi penggantian infrastruktur rangkaian komunikasi ICT di jabatan negeri.

“Di bawah Belanjawan Negeri Pahang sebanyak RM5.8 juta akan diperuntukkan bagi pemantapan infrastruktur dan pengkalan data untuk meningkatkan kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

“Daripada jumlah ini sejumlah RM250,000 disediakan untuk penggantian infrastruktur rangkaian komunikasi ICT di jabatan-jabatan negeri seperti pejabat daerah dan tanah, sekolah menengah agama, pejabat agama islam daerah, pejabat pertanian daerah, dan Kompleks Tun Razak.

“Dengan adanya peruntukan ini perkhidmatan rangkaian komunikasi ICT di lokasi terlibat akan dapat dipertingkatkan kualitinya dan kelajuan capaian bagi memastikan sistem pencapai penyampaian perkhidmatan kerajaan akan lebih efisien dan pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut