ELAK RUGI AKIBAT BANJIR, PENTERNAK LELONG 10,000 IKAN PATIN

JERANTUT: Bagi mengelak kerugian berulang akibat banjir, seorang penternak ikan melelong kira-kira 10,000 ekor ikan patin pada harga RM17 sekilogram semalam, berbanding harga pasaran RM22 hingga 25 sekilogram.

Tindakan Muhammad Alif Aiman Baharizal, 23, penternak ikan sangkar di Kampung Lada, dekat sini, adalah untuk mengelak kerugian berterusan akibat banjir terutama Monson Timur Laut yang dijangka melanda lagi mulai 8 Disember ini.

Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan ikan patin sangkar untuk keperluan harian dan semua 10,000 ekor ikan berkenaan habis dijual dalam masa sehari.

“Pagi semalam, saya terkejut apabila saya dan ayah pergi ke sangkar ikan jam 6.40 pagi dan mendapati orang ramai sudah menunggu di atas tebing sungai.

“Kelam kabut juga kami dibuatnya apabila melihat ramai yang menunggu kerana masing-masing menyatakan untuk membeli ikan kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, ramai daripada mereka mengetahui mengenai jualan murah itu melalui media sosial sejak malam kelmarin.

Menurutnya, pembeli bukan sahaja datang dari sekitar Jerantut tetapi Jengka, Temerloh, Maran dan Lipis.

“Ada pembeli ambil sampai 40 kilogram, manakala yang lain sekitar lima hingga 20kg seorang,” katanya yang tidak menyangka 10,000 ikan patin dari enam sangkar habis dalam masa sehari.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan saya lega kerana semua ikan habis kira-kira jam 6 petang.

“Duit jualan ini akan saya gunakan untuk baiki sangkar yang rosak, beli benih ikan dan makanan ikan untuk tahun hadapan,” katanya.

Menurutnya, ini kali pertama beliau membuat jualan lelong itu bagi menggelak kerugian kerana tahun ini saja sudah dua kali Sungai Pahang banjir besar berbanding sebelum ini hanya berlaku pada penghujung Disember sahaja.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …